DEFINISI KRAFTANGAN
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan atau perkakas ringkas sahaja. pertukangan kraftangan dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan membawa kepentingan dalam kebudayaan dan keagamaan. kraftangan ini juga mempunyai tarikan kebudayaan atau tradisional. Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan serta dikeluarkan tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
ANYAMAN
Anyaman merupakan satu seni kerajinan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Ia melibatkan proses menyilangkan bahan-bahan asli daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan sebagai barangan seharian. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah atau cenderamata.
CARA MEMBUAT ANYAMAN (ANYAMAN KERTAS)
1. Buat garisan pada kertas dengan menggunakan pembaris dan pensil. Buat jarak antara garis sebesar 1 cm dan jarak 2 cm untuk setiap bahagian tepinya.
2. Seterusnya potong kertas dengan menggunakan gunting mengikut garis yang sudah dibuat.
3. Kertas kedua digunting secara memanjang dengan jarak selebar 1 cm.
4. Menganyam sesuai dengan keinginan.
5. Jika sudah siap menganyam, kemaskan ujung-ujung kertas agar kelihatan kemas.
6. Langkah terakhir berikan gam pada tepi kertas kemudian lekatkan supaya anyaman melekat dan tidak mudah terbuka.
CONTOH GAMBAR ANYAMAN

KEYCHAIN
Keychain atau rantai kunci adalah rantaian kecil yang diperbuat daripada logam plastik dan lain-lain yang menghubungkan benda kecil untuk gegelang kunci. Keychain adalah digunakan untuk perhiasan dalam beg, kunci, telefon bimbit dan digunakan untuk bookmark dan sebagainya.
CARA MEMBUAT KEYCHAIN
1. Sediakan kain felt yang telah di gunting menjadi bentuk burung.
2. Sediakan bahan seperti riben 5 cm, ring, 3 jenis butang, mata, fiber.
3. Langkah seterusnya jahitkan kepak (kain felt berwarna biru) dengan menggunakan jahitan kia dan sumbat susup atau jelujur halus di atas badan burung (kain felt warna oren). Jahitkan butang 4 lubang dan butang 2 lubang dengan menggunakan benang serta gamkan mata dengan menggunakan gam uhu.
4. Riben digamkan pada badan burung dengan menggunakan gam uhu serta riben tersebut perlu di gamkan terlebih dahulu sebelum langkah menjahit dimulakan. Riben tersebut akan dipasangkan dengan ring.
5. Mulakan jahitan menggunakan jahitan kia dan seterusnya cantumkan kedua-dua keping badan burung tersebut dengan menggunakan jahitan insang pari.
6. Pastikan jahitan insang pari dijahit dengan kemas dan teliti supaya kedua-dua kepingan kain felt bercantum.
7. Seterusnya masukkan fiber ke dalam badan burung tersebut dan teruskan menjahit. Akhirnya keychain pun telah siap.
CONTOH GAMBAR KEYCHAIN

BATIK
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapore, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah kelantan dan Terengganu.
CARA MEMBUAT BATIK (BATIK CANTING)
1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan.
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu.
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir).
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair.
5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telah dibuat dengan menggunakan pensel tadi. Buat sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut.
6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting atau lilin.
7. Apabila kain telah siap diwarnakan, biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama 8 hingga 12 jam.
CONTOH GAMBAR BATIK

TEMBIKAR
Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Tembikar yang terkenal di malaysia ialah labu-labu yang digunakan untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.
CARA MEMBUAT TEMBIKAR
1. Pengambilan tanah liat. Tanah liat yang telah digali kemudian dikumpulkan pada suatu tempat untuk proses seterusnya.
2. Persiapan tanah liat. Tanah liat yang telah dikumpul harus disiram air hingga basah kemudian dibiarkan selama satu hari. Seterusnya tanah liat harus diguling menggunakan mesin pengguling.
3. Proses pembentukan. Tanah liat dibentukkan dengan kreativiti sendiri.
4. Penjemuran. Setelah tanah liat telah dibentuk maka teruskan dengan menjemur sehingga kering.
5. Setelah tembikar menjadi keras dan kering harus dibakar selama beberapa jam hingga menjadi lebih keras. Bahan bakar yang digunakan untuk proses pembakaran adalah jerami kering, daun kelapa atau kayu.
6. Kekemasan. Dalam proses kekemasan tembikar dicat dan dilapiskan dengan cat kayu. Keringkan cat pada tembikar dan siap.
CONTOH GAMBAR TEMBIKAR

PENUTUP
Saya berharap blog ini dapat memberikan sedikit maklumat mengenai jenis-jenis dan cara-cara untuk membuat kraftangan. Selain itu, saya juga berharap dengan perkongsian ini saya dapat membantu anda dalam menyelesaikan tugasan anda dengan jayanya. Disamping itu, saya berharap agar kraftangan yang kita miliki sekarang ini kekal dan dapat diperkenalkan lagi dengan lebih luas serta tidak luput ditinggal zaman oleh generasi seterusnya. Akhir sekali, sampai disini sahaja blog saya dan sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment